TOP 5 HIGH-DEMAND DEGREE 2011



Assalamualaikum...

tengah rajin berjalan2 kt dlm internet ni...terjmpe satu artikel yang menarik untuk dikongsi...macam yang korang nmpak kat tajuk entri tu...ak nak tnjukkan TOP 5 DEGREE yang mendapat permintaan tinggi bagi tahun 2011..bagi sesiapa yang bakal sambung belajar lepas raya ni...cer check ade x korang nyer Degree dlm list ni...

05. PENGURUSAN PERNIAGAAN
(BUSINESS MANAGEMENT)
Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi. Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya. Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa bergantung pada mana-mana pihak.

04. KOMPUTER SAINS
 
(COMPUTER SCIENCE)
Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

03. KEJURUTERAAN
(ENGINEERING)
Bidang ini terus kekal didalam senarai yang mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang lebih kompleks.

02. KEWANGAN
(FINANCE)
Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu melakukan perancangan pada masa akan datang.

01. AKAUN
(ACCOUNTING)
Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.

3 daripada 5 bidang  yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan.
(Pengurusan Perniagaan, Kewangan, Akaun)

Lihatlah korang betapa pentingnya pengurusan dalam sesebuah syarikat itu...Doctor?? itu adalah critical degree not the high-demand..pengambilan akan dibekukan sekiranya jumlah doktor sudah mencukupi...tidak seperti degree yang lain...sebab ramai sangat yang nak jadi doktor sekarang kan?? so, fikir2 kan lah..
Sumber : Top5reason.com

9 comment:

  • Suhazli says:
    August 22, 2011 at 6:06 AM

    yeah!!course aku ditangga no 4..yuhuuu!! bangge seyh..hahak

  • Unknown says:
    August 22, 2011 at 6:23 AM

    bagos la..thniah :D

  • Nina says:
    August 22, 2011 at 6:30 AM

    sy bisnes finance . same kew dengan yang nombor 2 tu ? huhu

  • Firdaus Life says:
    August 22, 2011 at 6:40 AM

    yess i'm engineering student :D

  • Unknown says:
    August 22, 2011 at 8:21 AM

    dem. course saye takde. T_T

  • Unknown says:
    August 22, 2011 at 11:14 AM

    nieyna : hmm...lebih kurang kot...huhu

    freaky : engineering ehh...gudluck :D

    sayesue : ambil course ape?? huhu

  • nuRuL haNis says:
    August 22, 2011 at 3:30 PM

    mine at tangga no1...pernah baca sebelum ni...=)

  • Anonymous says:
    August 22, 2011 at 4:17 PM

    tp ni sekadar pendapat la erk..high demand or x janji ape yg kita belaja kita dpt apply kn n mampu memberi kebaikan kpd masyarakat dan org2 sekeliling kita..n rezeki sume di tangan TUHAN kn..

  • Unknown says:
    August 22, 2011 at 6:17 PM

    hanis : yke...sme course la ngn sy...hehe =)

    anonymous : err..mmg pn...rezeki ade di mana2...tp ini sekadar berkongsi info...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Archive

Total Pageviews