REVIEW : ASIAN TOUR 2011 : MALAYSIA vs LIVERPOOL




Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil
Masa : 5.45 pm


vs
smpat gak ak taw result perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Liverpool...satu lagi kelab EPL....seriously...agak baek berbanding perlawanan dengan Arsenal aritu...lgi2 ni first time kunjungan Liverpool ke Malaysia...peluang ini sangat dinantikan khususnya kepada peminat setia Liverpool...

Full Match Results :
Malaysia 3 - 6 Liverpool

bagi perlawanan kali ini...ak rasa puas hati sebab malaysia sudah menunjukkan corak permainan yang konsisten...setakat 1st half...malaysia yang menurunkan kesebelasan utama mereka mempamerkan aksi meyakinkan dengan penjaga gol kali ni digalas oleh Mohd Sharbinee Allawee...ok...skrg nk mulakan ulasan ak (haha...da mcm juruhebah je...)...

ok2..sepanjang separuh masa pertama, kedua2 pasukan saling bertukar serangan dan tidak banyak percubaan merbahaya yang dilakukan oleh Liverpool....namun, pada minit ke-26, pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool disebabkan kesilapan Safee Sali yang menjatohkan Andy Carroll...sepakan disempurnakan oleh Charlie Adams...pemain baru dibeli oleh Liverpool...menewaskan penjaga gol Malaysia...kedudukan 1-0 kekal sehingga lah pada minit ke-42, Malaysia akhirnye berjaya menjaringkan gol pertama menerusi jaringan cantik kapten, Safiq Rahim hasil dari sepakan percuma dari jarak 20 meter..gol ni mmg terbaekk...laju jer menggegar gawang gol....Safiq mmg x dinafikan mempunyai sepakan yg slalu menepati ke arah gol...kedudukan kekal hingga tamat separuh masa pertama..

masuk jer separuh masa kedua...lebih banyak gol dihasilkan...dengan penjaga gol diganti dengan Khairul Fahmi....pemain2 lain pn ade yg ditukar bgi mmberi peluang untuk beraksi....tp percaturan jurulatih, Datuk K Rajagobal agak terjejas kerana Liverpool menukar semua pemain nya dengan pemain utama mereka...bermula lah permainan yang sebenar...(cehh.haha)....bgi ak...defend untuk 2nd half ni...agak terok la...banyak bgi ruang untuk liverpool melancarkan serangan...hasilnya, pada minit ke-67, gol kedua berjaya dijaringkan...(gol mudahh je ak rase...tp silap defend kot)...menjadikan kedudukan sekarang 2-1...belum reda ngn gol tersebut...sekali lagi gawang malaysia bolos dua minit kemudian...(haishh...ni salah keeper ke...slh defend...huhu)...Liverpool teros menunjukkan penguasaan mereka dengan satu lg gol pada minit ke-75...hmmm...da 4-1 da....xkn nk klh trok mcm lwn Arsenal aritu....

sedang rase agak bengang tu...tiba2 'GOOALLLL' dari pasukan Malaysia...hasil jaringan Safee Sali yang dibantu oleh Amirulhadi Zainal pada minit ke 78....pasukan teros mengaum apabila berjaya menjaringkan gol ketiga juga menerusi Safee Sali tiga minit kemudian...hantaran jaoh yg diterima pantas dimanfaatkan Safee Sali dan menjadikan kedudukan 4-3...(ade harapan nie...seri pn jadi la)....sedang nk memuji pasukan Malaysia...tiba2...gawang gol malaysia dibolosi lagi sebanyk dua kali...(aishh...ape kess ni....ni yg ak bengang ni...)....defend bermain agak terok arini...banyak sangat bagi peluang...sbnrnya boleh je sekat kawalan bola Liverpool tu...tp entah knape...pemain seakan2 'tido'...

kesimpulannya, perlawanan td boleh dikatakan agak bagos berbanding sblm ni...bkn mudah untuk membolosi gawang Liverpool...thniah kepada Safiq Rahim dan Safee Sali kerana telah menyumbangkan gol...misi selepas ini adlah berdepan Singapura bagi kelayakan piala dunia 2014...untuk perlawanan menentang Chelsea...pasukan yang dibimbing Ong Kim Swee akan menggalas tanggungjawab menentang kelab tersebut....

ok...sekian.. ^^

p/s : hope Malaysia dpt memperbaiki kualiti defender mereka...

0 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Archive

Total Pageviews