REVIEW : ASIAN TOUR 2011 : MALAYSIA vs ARSENAL

Location : Stadium Putra Bukit Jalil
Time : 8.45 pm


vs

At last...pasukan EPL pilihan ak, ARSENAL memilih Malaysia untuk perlawanan pra-musim mereka kali ni...kali terakhir mereka dtg Malaysia adalah pada 1999...lme tu...huhu

itu perkara yang membuatkan ak happy...tp sayang nya...entah apa masalahnya...xde siaran LIVE kt tv...mahupun kt Astro (walaupun kt umah ak xde Astro)...ak igtkn RTM ade la siarkan tp xde gak...ade pn nt siaran tertunda...org da taw result da mls nk tgk daa...adoyai...pkir la weyh...

okay2...back 2 the main topic...disebabkan xdpt tgk live...so mencari2 la web streaming utk tgk gak perlawanan ini...akhirnye dpt gak...tp mse da 20 minit berlalu..sdey xdpt tgk dri awl...tp ak bg la ulasan jgak utk perlawanan ni...(stkt yg ak dpt tgk la)

Arsenal memulakan permainan dengan menurunkan pemain yg sudah lama tidak beraksi seperti Denilson dan Ramsey...dpt tgk gak pemain2 yg bru beraksi buat kali pertama bersama skuad senior Arsenal iaitu Ryo Miyaichi dari Jepun...power gak la skill dye...byk kali wat gerakan utk rakan sepasukan...bg Malaysia pula, jurulatih, Datuk K Rajagobal memilih pasukan kesebelasan utama yg tidak byk berubah daripada perlawanan sebelum ini...fokus kali ini adlah untuk melihat kombinasi yg terbaek untuk diturunkan menentang Singapura pada 23 Julai ini...jentera serangan diketuai Norshahrul Idlan Talaha, pemain sayap AmirulHadi dan S Kunalan serta tengah oleh kapten Safiq Rahim

Arsenal bermula garang apabila seawal minit ke 5, gol disumbangkan oleh Aaron Ramsey menerusi sepakan penalti....Malaysia cuba bangkit tetapi hantaran mereka kerap tidak menepati sasaran sehingga mudah untuk dirampas pemain Arsenal ...ape pn...pasukan kebangsaan juga ada melalukan beberapa serangan tetapi dapat disekat oleh pertahanan Arsenal yg diketuai Thomas Vermaelen ...

Gol kedua dijaringkan Theo Walcott pada minit ke 43...tp ak rse gol tu senang2 je dpt...cehh...tp igtkan bolos dua kali pn da ckup...rpenye ade lg pada 2nd half

bermula dengan beberapa gerakan...pintu gawang Malaysia sekali lagi bolos pada minit ke-58 menerusi Carlos Vela....(time ni...ak da mule rse bosn...lg2 ngn streaming intrnet yg trok gler...huhu)...tp ak troskan tgk...ketika perlawanan hampr sampai ke penghujung..satu lagi gol dijaringkan menerusi Thomas Rosicky pada minit 90+...(aduss...klh trok ni...huhu)....

sepanjang perlawanan tersebut, K Rajagobal beberapa kali melakukan pertukaran pemain bagi memberi peluang untuk beraksi dan menunjukkan skill bermain mereka untuk mendapat tempat di dalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Singapura nanti...tetapi masih belum dapat menandingi ketangkasan dan stamina yg diperoleh pasukan Arsenal...pemain2 seperti Robin Van Persie, Samir Nasri dan Bacary Sagna dimasukkan pada babak kedua...membuatkan suasana di stadium agak riuh seketika...jurulatih Arsene Wenger kelihatan tenang sepanjang perlawanan itu, mungkin disebabkan tidak banyak gerakan berbahaya dicipta oleh Malaysia...

secara konklusinya, Malaysia sudah mencuba untuk mempamerkan aksi terbaek menentang Arsenal...memang tidak dinafikan bukan mudah untuk mengatasi pasukan bertaraf antarabangsa seperti Arsenal...hope lpas ni leh wat lgi bgus menjelang perlawanan menentang Liverpool...dijangka hari Sabtu ini....okay, sekian ^^

untuk full match report...klik SINI

p/s : hope ada siarkan live untuk match ngn Liverpool n Chelsea..

2 comment:

  • SoLy SoLicious says:
    July 14, 2011 at 12:07 AM

    at least msia dh mencuba :)

  • Unknown says:
    July 14, 2011 at 1:02 PM

    yup3...malaysia bolehh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Archive

Total Pageviews