FIFA WORLD CUP QUALIFIER : TAIWAN VS MALAYSIA


Location : Taipei Stadium
Masa : 6.45 petang (waktu Malaysia)


ini merupakan perlawanan timbal balik antara pasukan Malaysia menentang Taiwan di tempat lawan...sempat gak ak tgk...walaupun mle2 berebut channel ngn adek ak yg nk tgk BoBoiBoy...hehe...tp ak mng gak....sebab ak kn abang.... ^^

okay2...sblm perlawanan...terdpt pertukaran dilakukan oleh Datuk K Rajagobal selaku jurulatih pasukan kebangsaan....disebabkan kecederaan yg dialami bebrapa pemain sebelum perlawanan...Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Hadi Yahaya....diturunkan dalam kesebelasan utama kali ini...dengan memberi kepercayaan sekali lagi kepada penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee memandangkan Khairul Fahmi belum pulih sepenuhnya...tidak ada pertukaran lain dilakukan...

Taiwan bermula baik pada 5 minit pertama perlawanan dimulakan...dengan beberapa serangan berjaya dilakukan dan ia memberi saingan cukup sengit bagi pasukan Malaysia untuk melancarkan serangan...akan tetapi...peluang yg diperoleh tidak disia2kn begitu saja....hasilnya, pada minit ke-7...Malaysia mendahului melalui jaringan Aidil Zafuan hasil sepakan percuma...biarpun melanggar palang gol...tp sudah cukup menggembirakan peminat pasukan Malaysia yg menonton...tersentak dengan keadaan tersbut...Taiwan cuba bangkit dari ketinggalan dan mula mengorak langkah....masing2 melakukan serangan dan juga hantaran yang pantas dan menyebabkan suasana menjadi riuh di stadium tersebut...biarpn ditonton oleh rmai penyokong Taiwan...tetapi semangat Malaysia tetap kental...

pada minit ke-30, keadaan kelam kabut berlaku di kawasan penjaga gol Malaysia....pertahanan Malaysia cuba menolak keluar bola dari kawasan pintu gol....tetapi peluang tersebut berjaya disempurnakan oleh pemain Chan Han dari Taiwan...menjadikan kedudukan terikat 1-1...tetapi Malaysia masih didepan dgn kedudukan aggregat 3-2...

kesilapan yg berlaku menyebabkan Malaysia cuba menjarakkan kedudukan....hasilnya, gol kedua berjaya dijaringkan juga menerusi sepakan percuma yg disempurnakan oleh kapten, Safiq Rahim....menjadikan kedudukan kembali selesa dengan aggregat 4-2....ketika permainan dilihat hampir ke penghujung separuh masa pertama, pasukan diberikan sepakan penalti disebabkan pemain yg dijatohkan (xigt lak nme...huhu)...tapi rse mcm xptot jer...xpsl2 kne kad kuning...hish....pape pn...gol berjaya disempurnakan oleh Chen Po Liang biarpun berjaya ditepis oleh penjaga gol, Mohd Sharbinee tetapi belum cukup untuk dikeluarkan dari palang gol....kedudukan pada masa separuh masa pertama dengan 2-2

apabila permainan bersambung semula....Taiwan mula menunjukkan penguasaan bola yg baik dengan memberi banyak percubaan berbahaya di kawasan gol pasukan Malaysia....agak sukar untuk Malaysia merampas bola daripada mereka....bagaimanapun, kesilapan yg dilakukan oleh pertahanan...Mohd Fadhli Shas (xsure la...ak rse xde la trok sgt kot)....menyebabkan sekali lagi pasukan Taiwan diberi sepakan penalti...malang buat Taiwan kerana percubaan Chen Po Liang kali ini berjaya disekat....menjadikan keadaan kembali reda...(ak tgk kt umah pn da risau daa..huhu)....respek kt penjaga gol sebab berjaya menyelamatkan sepakan berbahaya...kire kedudukan masih selamat buat pasukan Malaysia...permainan diteruskan semula dengan Malaysia cuba mencari gol...sementara itu, beberapa pertukaran dilakukan seperti Amirulhadi Zainal ditukar kepada pemain S Chanturu, Abdul Hadi Yahaya ditukar kepada Fakhri...dan lagi satu Muslim Ahmad (xigt ditukar oleh sape...huhu)....

permainan semakin rancak setelah memasuki minit ke-70, dengan pasukan Taiwan yang masih menguasai permainan...kali ini penjaga gol, Mohd Sharbinee byk diuji pemain pasukan Taiwan dengan beberapa cubaan bahaya...pemain Malaysia dilihat mulai penat (pandangan ak la...)...menyebabkan corak permainan Malaysia agak lambat...akn tetapi, pada minit ke-73 kalo xsilap...sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan sepakan penalti (ni yg paling ak bengang....keeper ak rse xde la wt salah pn...nk tngkap bola...penyerang Taiwan tu yg nyebok langgar pehal...hishh)...tendangan berjaya disempurnakan...menjadi kedudukan sekarang...Taiwan di depan dengn 3-2...tetapi masih mampu bertahan melalui aggregat....biarpun tindakan tersebut tidak patut..tp xpela...nk wt cne kn....permainan diteruskan dengan melihat Malaysia cuba bertahan daripada asakan demi asakan oleh Taiwan...

dan akhirnye...sehingga wisel penamat...kedudukan berakhir dengan 3-2....menjadikan aggregat 4-4...biarpun malaysia kalah di tangan Taiwan...tetapi Malaysia layak ke pusingan seterusnya melalui jaringan di tempat lawan...fuhh...nseb baek ^^

secara keselurhnnya...ak tgk referee byk berpihak kpd Taiwan...ntahla knape...smpai tiga kali bagi penalti...ape nie...ish3...sabo jela...ape pn...pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee kerana byk menyelamatkan percubaan yg bertubi2 dari pemain Taiwan....Malaysia akn menentang Singapura dlm perlawanan di pusingan seterusnya....

sekian...wassalam...MALAYSIA BOLEH ! ! !


2 comment:

  • Anonymous says:
    January 29, 2013 at 11:22 PM

    Advertising type our viewpoints, train and
    amuse us

    my web blog ... attorney leads
    Here is my web site - legal leads

  • Anonymous says:
    January 30, 2013 at 10:28 PM

    my website

    Feel free to surf to my web page: short sale
    Here is my homepage lawyers bankruptcy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Archive

Total Pageviews