POST NO 10 : TIGA Surah dan TIGA Kekuatan
Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......
Pesanan terbaik  dari seorang rakan....
Assalamualaikum,
Just wanna share  with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak  ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak  cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum  kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik  berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul  di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir  pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba,  pak cik itu memulakan  perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak  baik. Beliau cakap semua ayat  Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau  'pegang'  betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul  juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya  pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.  Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan  dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga'  bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan  jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua,
Surah  Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan  itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak  ikhlas.
Ketiga,
surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini,  menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena  dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi,  katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah  itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja  atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia  pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak  cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu  agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak  cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam,  katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda,  kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu  moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya  kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata  pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun  ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman,  barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat,  maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak  cik...
Ketiga, kuat  fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak  masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika  tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak  seimbang, katanya
.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah  dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya  setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut  tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain.  Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..
 
0 comment:
Post a Comment