skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
 
POST NO 2: RENUNGAN
(27-11-2009) Hari raya  aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari  Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010)  Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari  Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari  raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Adakah KIAMAT  sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya  KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan  berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..
22 Tanda Kiamat  Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2.  Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui  internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah  menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak  memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar  menjadi salah dan salah menjadi benar.  Sukar  untuk membezakan perkara halal dan haram kerana  yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi  satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika  tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.  Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.  Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka  sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu  mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak  memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena  lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan  kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan  menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan  lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan  anak menjadi tuan).
12. Kawan  baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan  disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang  mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga  melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul  bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan  sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong,  terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang  berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan  berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah  tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang  golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai  terpengaruh dengannya seperti mengikut  cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran  dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca  serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga  orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga,  sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut  Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta  menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita  yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai  orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana  pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
bgus!
mmg mklumat cmni ptut disebarkan kt smua org...
trimas akk
nnti akn dipertingktkn lg
hehe