PEMBENTANGAN BAJET 2012
Assalamualaikum...
bagi sesiapa yang terlepas tgk bajet 2012 hari tu...ni ak ade sediakan serba sedikit maklumat...share dri 
Blog Cik Pop...hehe...ok lets check it out!
 
Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
- Tahun
 lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh
 di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
 
- Kerajaan
 menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus 
bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 
peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
 
- Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
 
- Ini
 lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan 
daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
 
Peruntukan rancakkan pembangunan Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk
 merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa 
Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) 
projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala
 RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan 
(Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah 
agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan 
sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini
 termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans 
takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam 
akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan
 polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan 
pusat latihan.
Keluarga tentera RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
 
0 comment:
Post a Comment