FIFA WORLD CUP QUALIFIER : MALAYSIA VS TAIWAN

Location : Stadium Putra Bukit Jalil
Time : 8.45 pm




tgk tjok jer dlm english...tp xpndai sgt la nk translate satu2...so ak wat la ulasan dlm malay jer...snang n mudah...hehe..

okay...bagi sesape yg smpat tgk perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Taiwan (ataupun dikenali juga sebagai Chinese Taipei)...msti korg da taw keputusan nyer kn...ak sbg rakyat malaysia turut berbangga dengan persembahan yg diorang tampilkan td...cayalahh! !

td smpat ak tgk kt TV1...coz kt umah ak xde Astro...huhu...dgr pn dri adek ak...nseb baek trigt nk tgk....err....dah3...byk merepek tiada gunanya...balek kpd topik lgi penting.. ^^

secara keseluruhannya...pada awal babak pertama ak perhati pasukan Taiwan byk mempamerkan corak menyerang...byk gak la peluang atau serangan yang bahaya berjaya dilakukan...tetapi semuanya berjaya disekat dengan barisan pertahanan Malaysia yang mentop2...pemain seperti Mohd Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, dan Aidil Zafuan memainkn peranan membantu barisan pertahanan dan bhagian tengah...

20 puluh minit berselang...akhirnyer peluang berjaya dicipta oleh pasukan Malaysia...lebih kurang 2 atau 3 serangan berbahaya berjaya dilakukn oleh Malaysia...semuanya bermula apabila pemain Helmi Ramli diganti dengan Abdul Hadi Yahaya, pemain yang kian meningkat di samping penyerang berbisa Safee Sali...beberapa percubaan dilakukan sehingga lah pada minit ke-27...Malaysia memperoleh gol pertama menerusi kapten pasukan Safiq Rahim......suasana stadium menjadi gamat sebaik sahaja gol dijaringkan...percubaan jarak jauh menjadikan kedudukan 1-0...kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama..

bermula nya sahaja separuh masa kedua...Malaysia mempamerkn corak permainan yang lebih bertenaga dan bersemangat...smbil disokong oleh beribu2 penyokong Malaysia di stadium...sokongan yang padu oleh penyokong membuatkan sekali lagi Malaysia memperoleh gol kedua menerusi sepakan sudut yang disempurnakan oleh Aidil Zafuan Abd Razak pada minit ke 54...tekanan semakin dirasai oleh Taiwan manakala Malaysia riang memperoleh gol kedua mereka...

ketika permainan semakin rancak berlangsung....disebabkan berlakunya kesilapan kecil sahaja Taiwan pantas melakukan percubaan demi percubaan...kelekaan pemain pertahanan menyebabkan penyerang Taiwan berjaya membolosi tembok pertahan Malaysia dan memperoleh gol pertama mereka menerusi Chen Po Liang pada minit ke-77...tersentak dengan gol tersebut...Malaysia cuba untuk menjarakkan kedudukan...tetapi ketiadaan kapten Safiq Rahim yang diganti dengan Fakhri (xsure lak nme...sori..)....sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan Malaysia...akn tetapi Malaysia masih mampu bertahan hinggalah wisel penamat..

akhirnyer....perlawanan berkesudahan 2-1....kesimpulannya, Malaysia perlu menjaringkan lebih banyak gol dlm perlawanan di gelanggang lawan di Taiwan pada hari Ahad ini (3 Julai 2011)...sme2 lah kita menyokong pasukan Malaysia....supaya berjaya ke peringkat seterusnya dan berjaya masuk ke FIFA 2014 nnti...insyaallah ^^

MALAYSIA BOLEHH ! !


p/s: mintk maaf la kalo ade name pemain yang slh tulis....huhu...

2 comment:

  • bawal crepe putih says:
    June 30, 2011 at 1:49 AM

    yeahhhh, td kite pown tgk kt tv1 =)

    btw, dah follow kamu !

  • Unknown says:
    June 30, 2011 at 8:14 AM

    thnx sudi bace...hehe
    ade blog x? nti follow balek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...