BERWASPADA ! ! !

Kebelakangan ini, banyak tempat yang dilaporkan hujan sejak beberapa hari yang lepas. Dan beberapa tempat sudah dinaiki air. Setakat yang diketahui, di sekitar Johor sudah terdapat beberapa buah tempat seperti di Kluang dan Kota Tinggi. Begitu juga dengan beberapa kawasan di Melaka yang dikhabarkan sudah mula dinaiki air. Perkara yang lebih menyedihkan lagi apabila pelajar2 universiti yang baru pulang untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina terpaksa turut serta menjadi mangsa banji kali ini. Mungkin belum dalam keadaan yang serius lagi, tetapi disebabkan keadaan hujan yang tidak menentu, boleh mengakibatkan macam2 berlaku. Lebih2 lagi kepada para pelajar Matrikulasi yang bakal pulang ke kampung halaman mulai esok (SELASA)..kemungkinan mereka mempunyai masalah untuk sampai ke destinasi yang dituju..Apa pun, marilah kita sama2 mendoakan agar cuaca dapat kembali reda dan penduduk dapat menjalankan aktiviti harian dengan aman dan tenteram..sekian...

0 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...