Showing posts with label Shared Info. Show all posts
Showing posts with label Shared Info. Show all posts

KPOP GROUP COMEBACK FOR 2012



MARCH
2AM , 4MINUTE , B1A4 , DALMATION , SHINHWA , GIRLS DAY
DEBUT : SPEED , NU'EST , EXO

APRIL
SHINEE , BEAST , CNBLUE , U-KISS , J.Y PARK

MAY
INFINITE , BOA , SECRET , RAINBOW , ZE:A , DOUBLE A

JUNE
X-5 , CHAOS

JULY
2PM , AFTERSCHOOL , F(X) , SPICA

AUGUST
2NE1 , WONDERGIRLS , BOYFRIEND , MYNAME

SEPTEMBER
SNSD , RANIA , APINK

OCTOBER
KARA , HITT , ORANGE CARAMEL

NOVEMBER
SUPER JUNIOR

source : dkpopnews.net

**really anticipated for their comeback..especially in BOLD ones..sadly no T-ARA in this list...hope to be december maybe...woaa...so long to wait... T.T

SAY NO TO VALENTINE DAY ! !



arini adlah 14 februari..dan xde ape2 yg special pn..lgi2 Valentine's Day..or dlm BM nye Hari Kekasih..mcm la ari2 lain xsesuai utk berkasih sayang...kann?? peliik aku..ok2 ni ade satu artikel nk dikongsikan..

VALENTINE adalah nama seorang penganut Kristen yang dibunuh melalui sebuah penyiksaan karena dia pindah agama dari seorang penganut Animis Romawi menjadi seorang Kristiani.

Setelah bangsa Romawi memeluk agama Kristen mereka tidak membuang tradisi Animis tersebut tetapi menggantinya dengan memperingati hari kematian Valentine sebagai tokoh penyebar cinta dan damai dan prosesi peringatannya dimodifikasi menjadi:

"Mereka membuat sebuah perkumpulan massa, lalu menulis nama-nama wanita yang telah memasuki umur nikah pada lembar kertas, lalu digulung. Kemudian dipanggil seorang pemuda untuk mengambil satu kertas dan membukanya. Nama wanita yang tertulis dikertas tersebut akan menjadi pasangannya selama setahun, andai setelah satu tahun hidup bersama tanpa nikah mereka merasa serasi mereka melanjutkannya dengan pernikahan. Andai tidak ada keserasian maka pada hari valentine tahun mendatang mereka berpisah".

Perayaan ini ditentang oleh para tokoh agama saat itu dan mereka mengeluarkan larangan memperingatinya karena dianggap merusak akhlak para pemuda dan pemudi. Dari sisi manapun, budaya ini tetap salah dan merusak, baik secara gaya hidup atau akhlak.

Masihkah ingin merayakan hari Valentine?

lu pikirlah sndiri..

HOW TO GET FREE TOP UP ! !



sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri ...


Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019 ,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda . disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan . 

Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini . kay , kepada pengguna talian 012 , 013 ,016 , 017 , 019 , dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising , tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda . Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai , lepas tu dial 0405 untuk kl dan s'gor , 0406 utk kawasan lain semenanjung dan 0409 utk sabah s'wak . 



Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon anda sekali lagi . Tunggu selepas bunyi bising selesai , dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat ... ukey , selepas beberapa saat , anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your key number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept" . 

Lepas itu terus dail nombor talipon anda dan anda akan dengar "pale hotak kau berjambul 66 , kat dalam dunia ni mana ada benda yang free , zaman skang nih masuk toilet pun kena bayar 20 sen tau ... dahlah pulak minyak dah naik 30 sen .... banyaklah kau punya FREE!!" 

Dan anda terus matikan handphone anda dan akan kata "jahanam punya orang yg buat entry ni!" tapi lepas itu kamu akan forward kepada rakan-rakan untuk menipu mereka pula .... Sudah lah pi balik buat kerja masing-masing .. aku pun t'kena :D 
Sekian,terima kasih..

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir


nampak sopan jer gmbr kat atas ni kn?? tp sbnrnyer...beliau dilahirkan sebagai LELAKI ! !...byk kali da masok surat khabar disebabkan tindakan nya yang ingin menukar jantina dan nama kpd nama wanita..ape pn...meh lihat story kat bawah ni...juz share jer...

KUALA LUMPUR – Pada tahun 1985, lahir seorang bayi yang diberi nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Bayi lelaki milik pasangan Mak Yah dan Abdul Aziz tersebut sempurna segenap bentuk sifatnya tanpa sebarang kecacatan. Bayi tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya.


Dari kecil lagi, Mak Yah sudah melihat ciri-ciri kewanitaan yang wujud di dalam diri anaknya itu. Namun, apalah daya seorang ibu untuk menghalang kecenderungan semulajadi yang semakin menonjol itu. Ashraf terus membesar dengan sifat kewanitaan yang makin terserlah.


Abdul Aziz, 60, pula menceritakan bahawa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk mendisiplinkan anak-anaknya. Namun berhadapan dengan Ashraf, dia mengakui bahawa tidak dapat menyelesaikan masalah ‘keperempuanan’ anaknya itu.


Ketika di alam remaja, ayahnya memberitahu bahawa suara Ashraf tidak bertukar garau sebagaimana kebiasaan remaja lelaki lain yang akil baligh dan lenggok jalan anaknya itu membayangkan seorang gadis sunti. Ini menambahkan lagi kerisauan Abdul Aziz.


“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek,” katanya.


Menurut ayahnya lagi, biar apa pun yang mereka sekeluarga lakukan pada Ashraf, anaknya itu tetap dengan sifat kewanitaannya.


Menyebut mengenai pekerjaaan Ashraf, menurut Mak Yah, dia difahamkan bahawa anaknya bekerja di Putrajaya, namun tidak memberitahu apa perkerjaan sebenar anak lelakinya itu.


Tanpa pengetahuan Mak Yah dan Abdul Aziz, Ashraf yang memiliki diploma dalam bidang perubatan itu dikatakan telah menjalani ujian perubatan dan hormon di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur pada sekitar tahun 2007 dan dikatakan layak untuk bertukar jantina.


Kemuncak kepada ‘proses kewanitaan’ Ashraf berlaku ketika kedua ibu bapanya itu berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun 2009, apabila mengambil keputusan sendiri untuk menjalani pembedahan menukar jantina di salah sebuah hospital di Thailand tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya itu.


Meskipun pembedahan tersebut berjaya memuaskan naluri kewanitaan Ashraf, dia berdepan dengan kemarahan ibu dan ayah apabila mereka bertindak membakar semua pakaian perempuan miliknya serta menghalaunya keluar dari rumah.


Menurut Mak Yah, meskipun Ashraf dihalau dia tetap pulang ke rumah ibu bapanya, namun anaknya itu hanya berani tidur di dalam kereta sahaja.


Hidup terbuang dari keluarga tidak mematahkan semangat Ashraf untuk menjadi lebih wanita apabila memfailkan petisyen kepada Mahkamah pada 15 Mei lalu bagi membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada ‘Aleesha Farhana’, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajiannya.


Petisyen yang difailkan selepas Ashraf menukar jantina itu dikendalikan oleh peguamnya, Horley Isaac dan Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar, serta kes tersebut didengarkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.


Bagaimanapun, pertisyen yang dikemukakan itu ditolak oleh Mohd Yazid dengan alasan bahawa meskipun Ashraf pernah melakukan pembedahan pertukaran jantina, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah meluluskan permohonan itu.


Kekecewaan Ashraf jelas terbayang apabila mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu apabila menyatakan dia lebih rela mati untuk memperjuangkan matlamatnya menukar nama di atas kad pengenalannya dan nekad untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.


Namun, hasrat Ashraf itu tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi akibat serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.


Maka dengan itu maka tamatlah perjuangan Mohd Ashraf Hafiz untuk menjadi seorang ‘Aleesha Farhana binti’ Abdul Aziz dan menurut Abdul Aziz, jasadnya dijangka disemadikan selepas solat zohor di Seberang Takir sebagai seorang lelaki.


Semoga Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz diberikan pengampunan oleh Allah S.W.T serta dicucuri rahmat ke atasnya, Al-Fatihah.


sumber


*Kesimpulan : jadikan ini sebagai satu pengajaran...fikir dulu sebelum ingin melakukan sesuatu keputusan supaya tidak membawa masalah kepada orang lain...sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...