Showing posts with label FIFA World Cup Qualifier. Show all posts
Showing posts with label FIFA World Cup Qualifier. Show all posts

FIFA WORLD CUP QUALIFIER : MALAYSIA VS SINGAPORE

Location : Stadium Nasional Bukit Jalil
Masa : 8.45 mlm


vs

ini merupakan perlawanan timbal balik kelayakan piala dunia 2014...bagi perlawanan kali ini...ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal membuat beberapa pertukaran memandangkan Safiq Rahim tidak dapat bermain kerana menerima kad merah pada perlawanan yang lepas..tmpatnya diganti oleh Ismail Faruqi...manakala Aidil Zafuan kembali dalam kesebelasan utama menggantikan Muslim Ahmad...manakala bahagian serangan diketuai Safee Sali dan Abdul Hadi Yahaya..

lebih 85,000 penyokong Malaysia turun ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya...dan kira2 500 sahaja dari penyokong singapore...

seawal minit ke-4, Malaysia sudah diuji oleh satu hantaran cantik tp dapat diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi yang kembali setelah kecederaan dialaminya..sepuluh minit berselang, sekali lagi gawang malaysia diuji...

Aidil Zafuan yang diturunkan masih lagi bergelut dengan kecederaan yang baru pulih...ekoran itu, pada minit ke-20, Muslim Ahmad dibawa masuk menggantikan Aidil bagi mengelakkan kecederaan terok lagi berlaku...permainan agak seimbang bermula pada minit ke-20 setelah beberapa gerakan berjaya dilakukan tetapi tidak berjaya masuk ke gawang singapore...

minit ke-38 menyaksikan detik cemas antara penjaga gol malaysia dengan pemain Qiu Li dari Singapore yang berjaya menyekat bola dari masuk ke kawasan gol...satu lagi percubaan bahaya dilakukan pada mnit2 akhir 1st half apabila kelalaian pertahanan memberi ruang kepada singapore untuk melakukan hantaran tetapi gagal disempurnakan setelah sekali lagi Khairul Fahmi menyelamatkan percubaan tersebut...1st half berakhir dengan 0-0

2nd half bermula...malaysia menunjukkan penguasaan dan beberapa gerakan berjaya membolosi bahagian pertahanan singapore...hasilnya, pada minit ke-58, gol berjaya disumbangkan oleh Safee Sali hasil hantaran S Kunanlan...kedudukan kini 1-0...Malaysia memerlukan satu gol lagi untuk layak ke peringkat kumpulan...

malangnya, gawang malaysia akhirnya bolos pada mint ke-73 disebabkan kesilapan pertahanan yang gagal menyekat kemaraan pemain Shi Jiayi yang mudah melorong masok gol yang bermakna bagi pasukan pelawat bagi menjarakkan kedudukan aggregat kepada 6-4.....(slh defend lagi???)...

kedudukan kekal hingga wisel penamat...

**********************************************

conclusion ak la...campur2 la perasaan ak ni...kecewa ade..sakit ati ade...marah ade...kecewa sebab malaysia gagal ke pusingan seterusnya...sakit ati sebab pemain singapore banyak wat hal...marah sebab melengahkan masa...paling xtahan mase keeper singapore mengadu sakit kepala...(mcm bdk kecik lak ak tgk...)...sori la if ade pembaca dari singapore baca entri ni yer...harap maklum

ape pn...malaysia da lakukan yang terbaek untuk negara...tahniah sekali lagi...cuba lagi untuk kelayakan 2018 pulak...

misi sekarang...sokong pasukan olimpik kita pulak...okay =)

p/s : maybe pasni pemain singapore leh tukar bidang kpd lakonan pulak...huhu...sori again to singaporean

FIFA WORLD CUP QUALIFIER : SINGAPORE VS MALAYSIA


Location : Stadium Jalan Besar, Singapore
Masa : 7.30 pm
vs



Ini merupakan perlawanan pusingan kedua bagi kelayakan Piala Dunia 2014...untuk kali ini, Malaysia bertandang ke gelanggang lawan, di Stadium Jalan Besar bagi menentang pasukan jiran, Singapura....untuk pengetahuan...Singapura sudah mendapat 'bye' utk pusingan pertama dan automatik ke pusingan kedua...mereka memiliki pemain import yang agak berbahaya seperti Alexander Duric...walaupun dalam usia 40 thn...still leh menunjukkan bisanya...bagi perlawanan kali ini...Malaysia menurunkan barisan serangan seperti Safee Sali dan Fakri Ashaari , manakala bahagian tengah seperti biasa diketuai oleh kapten pasukan, Safiq Rahim...Aidil Zafuan dan Norshahrul tidak diturunkan pada perlawanan mlm ni kerana kecederaan...

Malaysia bermula garang apabila berjaya menggegar kn gol tidak smpai seminit wisel permainan bermula...Safee Sali yang bijak mengambil bola lintang dari S Kunanlan berjaya menendang masuk ke pintu gol....mmg agak terkejut gak la...x sangka begitu cepat dapat jaringkan gol....no matter la orang kate Safee pemain bahaya...tapi kedudukan itu tidak lama....pada minit ke-7...Singapore berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma...

selepas gol tersebut...Singapore mula menunjukkan penguasaan bola...hasilnya...pada minit ke-21...Singapore menjarakkan jurang kpd 2-1 hasil jaringan Qiu Li, juga menerusi sepakan percuma...pada minit ke-43...satu lg gol berjaya disempurnakan oleh pemain veteran, Alexander Duric...tandukan cantik dari rakan sepasukan membantu nya memperoleh gol...belom ckup dengan gol tersebut...Singapore seakan2 berpesta gol apabila sekali lagi gawang gol dibolosi Singapore pada minit kecederaan...menjadikan kedudukan pada 1st half adlah 4-1...(wow..boleh kjar ke...huhu)

perlawanan pada separuh masa kedua menyaksikan dua kad merah dilayangkan pengadil bermula dengan kapten, Safiq Rahim yang melakukan kekasaran yang agak terok...pengadil kali ini agak tegas...xboleh nk buat apa...kne hormat kputusan pengadil....sedang Malaysia berhempas pulas dengan kekurangan satu pemain...seorang pemain Singapura, Ismail Yunos menerima kad merah setelah dilayangkan kad kuning kedua...menjadikan perlawanan seimbang semula dengan 10 pemain...permainan bertambah rancak apabila Abdul Hadi Yahaya dimasukkan...Malaysia cuba untuk bangkit dan hasilnya...pada minit ke 68....Malaysia berjaya menjaringkan gol kedua mereka menerusi Abdul Hadi Yahaya...belum ckup dengan itu...2 minit kemudian...Malaysia berjaya merapatkan jurang gol melalui Safee Sali...menjadikan kedudukan 4-3...(wahh...ade harapan :)) ...tapi apakan daya...belum ckup lgi dengan itu...pada minit ke-....singapura menjaringkan gol lagi...menerusi....

permainan berterosan hingga ke wisel penamat...menjadikan kedudukan 5-3 pada masa penuh...apa pun...Malaysia tetap mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya apabila berlawan di gelanggang sendiri pada perlawanan timbal balik pada 28 Julai di Stadium Putra Bukit Jalil...sekian..

nak tgk gol...klik SINI dan SINI

p/s : hope Aidil leh smbuh segera...tolong bantu barisan pertahanan negara...jangan buat kesilapan lagi...

FIFA WORLD CUP QUALIFIER : TAIWAN VS MALAYSIA


Location : Taipei Stadium
Masa : 6.45 petang (waktu Malaysia)


ini merupakan perlawanan timbal balik antara pasukan Malaysia menentang Taiwan di tempat lawan...sempat gak ak tgk...walaupun mle2 berebut channel ngn adek ak yg nk tgk BoBoiBoy...hehe...tp ak mng gak....sebab ak kn abang.... ^^

okay2...sblm perlawanan...terdpt pertukaran dilakukan oleh Datuk K Rajagobal selaku jurulatih pasukan kebangsaan....disebabkan kecederaan yg dialami bebrapa pemain sebelum perlawanan...Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Hadi Yahaya....diturunkan dalam kesebelasan utama kali ini...dengan memberi kepercayaan sekali lagi kepada penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee memandangkan Khairul Fahmi belum pulih sepenuhnya...tidak ada pertukaran lain dilakukan...

Taiwan bermula baik pada 5 minit pertama perlawanan dimulakan...dengan beberapa serangan berjaya dilakukan dan ia memberi saingan cukup sengit bagi pasukan Malaysia untuk melancarkan serangan...akan tetapi...peluang yg diperoleh tidak disia2kn begitu saja....hasilnya, pada minit ke-7...Malaysia mendahului melalui jaringan Aidil Zafuan hasil sepakan percuma...biarpun melanggar palang gol...tp sudah cukup menggembirakan peminat pasukan Malaysia yg menonton...tersentak dengan keadaan tersbut...Taiwan cuba bangkit dari ketinggalan dan mula mengorak langkah....masing2 melakukan serangan dan juga hantaran yang pantas dan menyebabkan suasana menjadi riuh di stadium tersebut...biarpn ditonton oleh rmai penyokong Taiwan...tetapi semangat Malaysia tetap kental...

pada minit ke-30, keadaan kelam kabut berlaku di kawasan penjaga gol Malaysia....pertahanan Malaysia cuba menolak keluar bola dari kawasan pintu gol....tetapi peluang tersebut berjaya disempurnakan oleh pemain Chan Han dari Taiwan...menjadikan kedudukan terikat 1-1...tetapi Malaysia masih didepan dgn kedudukan aggregat 3-2...

kesilapan yg berlaku menyebabkan Malaysia cuba menjarakkan kedudukan....hasilnya, gol kedua berjaya dijaringkan juga menerusi sepakan percuma yg disempurnakan oleh kapten, Safiq Rahim....menjadikan kedudukan kembali selesa dengan aggregat 4-2....ketika permainan dilihat hampir ke penghujung separuh masa pertama, pasukan diberikan sepakan penalti disebabkan pemain yg dijatohkan (xigt lak nme...huhu)...tapi rse mcm xptot jer...xpsl2 kne kad kuning...hish....pape pn...gol berjaya disempurnakan oleh Chen Po Liang biarpun berjaya ditepis oleh penjaga gol, Mohd Sharbinee tetapi belum cukup untuk dikeluarkan dari palang gol....kedudukan pada masa separuh masa pertama dengan 2-2

apabila permainan bersambung semula....Taiwan mula menunjukkan penguasaan bola yg baik dengan memberi banyak percubaan berbahaya di kawasan gol pasukan Malaysia....agak sukar untuk Malaysia merampas bola daripada mereka....bagaimanapun, kesilapan yg dilakukan oleh pertahanan...Mohd Fadhli Shas (xsure la...ak rse xde la trok sgt kot)....menyebabkan sekali lagi pasukan Taiwan diberi sepakan penalti...malang buat Taiwan kerana percubaan Chen Po Liang kali ini berjaya disekat....menjadikan keadaan kembali reda...(ak tgk kt umah pn da risau daa..huhu)....respek kt penjaga gol sebab berjaya menyelamatkan sepakan berbahaya...kire kedudukan masih selamat buat pasukan Malaysia...permainan diteruskan semula dengan Malaysia cuba mencari gol...sementara itu, beberapa pertukaran dilakukan seperti Amirulhadi Zainal ditukar kepada pemain S Chanturu, Abdul Hadi Yahaya ditukar kepada Fakhri...dan lagi satu Muslim Ahmad (xigt ditukar oleh sape...huhu)....

permainan semakin rancak setelah memasuki minit ke-70, dengan pasukan Taiwan yang masih menguasai permainan...kali ini penjaga gol, Mohd Sharbinee byk diuji pemain pasukan Taiwan dengan beberapa cubaan bahaya...pemain Malaysia dilihat mulai penat (pandangan ak la...)...menyebabkan corak permainan Malaysia agak lambat...akn tetapi, pada minit ke-73 kalo xsilap...sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan sepakan penalti (ni yg paling ak bengang....keeper ak rse xde la wt salah pn...nk tngkap bola...penyerang Taiwan tu yg nyebok langgar pehal...hishh)...tendangan berjaya disempurnakan...menjadi kedudukan sekarang...Taiwan di depan dengn 3-2...tetapi masih mampu bertahan melalui aggregat....biarpun tindakan tersebut tidak patut..tp xpela...nk wt cne kn....permainan diteruskan dengan melihat Malaysia cuba bertahan daripada asakan demi asakan oleh Taiwan...

dan akhirnye...sehingga wisel penamat...kedudukan berakhir dengan 3-2....menjadikan aggregat 4-4...biarpun malaysia kalah di tangan Taiwan...tetapi Malaysia layak ke pusingan seterusnya melalui jaringan di tempat lawan...fuhh...nseb baek ^^

secara keselurhnnya...ak tgk referee byk berpihak kpd Taiwan...ntahla knape...smpai tiga kali bagi penalti...ape nie...ish3...sabo jela...ape pn...pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee kerana byk menyelamatkan percubaan yg bertubi2 dari pemain Taiwan....Malaysia akn menentang Singapura dlm perlawanan di pusingan seterusnya....

sekian...wassalam...MALAYSIA BOLEH ! ! !


FIFA WORLD CUP QUALIFIER : MALAYSIA VS TAIWAN

Location : Stadium Putra Bukit Jalil
Time : 8.45 pm




tgk tjok jer dlm english...tp xpndai sgt la nk translate satu2...so ak wat la ulasan dlm malay jer...snang n mudah...hehe..

okay...bagi sesape yg smpat tgk perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Taiwan (ataupun dikenali juga sebagai Chinese Taipei)...msti korg da taw keputusan nyer kn...ak sbg rakyat malaysia turut berbangga dengan persembahan yg diorang tampilkan td...cayalahh! !

td smpat ak tgk kt TV1...coz kt umah ak xde Astro...huhu...dgr pn dri adek ak...nseb baek trigt nk tgk....err....dah3...byk merepek tiada gunanya...balek kpd topik lgi penting.. ^^

secara keseluruhannya...pada awal babak pertama ak perhati pasukan Taiwan byk mempamerkan corak menyerang...byk gak la peluang atau serangan yang bahaya berjaya dilakukan...tetapi semuanya berjaya disekat dengan barisan pertahanan Malaysia yang mentop2...pemain seperti Mohd Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, dan Aidil Zafuan memainkn peranan membantu barisan pertahanan dan bhagian tengah...

20 puluh minit berselang...akhirnyer peluang berjaya dicipta oleh pasukan Malaysia...lebih kurang 2 atau 3 serangan berbahaya berjaya dilakukn oleh Malaysia...semuanya bermula apabila pemain Helmi Ramli diganti dengan Abdul Hadi Yahaya, pemain yang kian meningkat di samping penyerang berbisa Safee Sali...beberapa percubaan dilakukan sehingga lah pada minit ke-27...Malaysia memperoleh gol pertama menerusi kapten pasukan Safiq Rahim......suasana stadium menjadi gamat sebaik sahaja gol dijaringkan...percubaan jarak jauh menjadikan kedudukan 1-0...kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama..

bermula nya sahaja separuh masa kedua...Malaysia mempamerkn corak permainan yang lebih bertenaga dan bersemangat...smbil disokong oleh beribu2 penyokong Malaysia di stadium...sokongan yang padu oleh penyokong membuatkan sekali lagi Malaysia memperoleh gol kedua menerusi sepakan sudut yang disempurnakan oleh Aidil Zafuan Abd Razak pada minit ke 54...tekanan semakin dirasai oleh Taiwan manakala Malaysia riang memperoleh gol kedua mereka...

ketika permainan semakin rancak berlangsung....disebabkan berlakunya kesilapan kecil sahaja Taiwan pantas melakukan percubaan demi percubaan...kelekaan pemain pertahanan menyebabkan penyerang Taiwan berjaya membolosi tembok pertahan Malaysia dan memperoleh gol pertama mereka menerusi Chen Po Liang pada minit ke-77...tersentak dengan gol tersebut...Malaysia cuba untuk menjarakkan kedudukan...tetapi ketiadaan kapten Safiq Rahim yang diganti dengan Fakhri (xsure lak nme...sori..)....sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan Malaysia...akn tetapi Malaysia masih mampu bertahan hinggalah wisel penamat..

akhirnyer....perlawanan berkesudahan 2-1....kesimpulannya, Malaysia perlu menjaringkan lebih banyak gol dlm perlawanan di gelanggang lawan di Taiwan pada hari Ahad ini (3 Julai 2011)...sme2 lah kita menyokong pasukan Malaysia....supaya berjaya ke peringkat seterusnya dan berjaya masuk ke FIFA 2014 nnti...insyaallah ^^

MALAYSIA BOLEHH ! !


p/s: mintk maaf la kalo ade name pemain yang slh tulis....huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...